Saturday, January 4

Baby monkey

assalamualaikum. hai kekawan semua ! sihat dop? bagus bagus sihat belako hendaknya. :)
hari ni nak teaser sikit cerita cinta aku yg tak berapa nak jadi tu ...
hmmm, cinta ni menyakitkan jugak ya? Ini kali kedua aku rasa sakitnya bila di kecewakan .kenapa? Tu lah yg aku nak teaser sangat ni.. :'<
Lelaki ni kawan kepada kawan aku. Dia lelaki pertama yang buat aku rasa kuatnya ikatan ni. Walaupun dia tak sempurna macam lelaki lain, yang bekerjaya yang handsome yang suci, aku ikhlas dengan cinta ni. Bagi aku, takde manusia yg sempurna dalam dunia ni melainkan nabi kita, muhammad s.a.w .
Lelaki ini gemok, berjambang, bermisai, matanya sepet, dan dia sangat sosial. Meskipun macam tu, hati nya terlalu baik. Aku sudah jatuh hati , sungguh! Aku jatuh cinta dengan lelaki yg baik hati ni. Aku tak dapat gambarkan betapa sweetnya dia. Lelaki ni sering maki hamun aku, tapi aku tak pernah sekali pon ambil hati, sebab aku tahu dalam lubuk hati nya yang paling dalam , dia sayangkan aku. Dia cintakan aku. Cuma ego memisahkan dua hati ini. Aku tak tahu bagaimana nak buang ego aku, nak jinakkan ego dia. Aku buntu.
Lelaki yang aku gelarkan monkey ni, terlalu comel buat ku. Dia dengar cakap aku. Aku cakap jangan buat, dia ikut. Even sekarang dah tak ada hubungan dengan dia. Dia still dengar ckp aku. Aku still mesej dia, tapi dia terlalu ego untuk mengaku hatinya untuk aku. Kalau kau tahu, betapa aku tunggu kau mengulangi cinta kita. Hmmm
Kadangkala, aku cemburu. Aku cemburu melihat dia di kelilingi dengan gadis gadis. Lagi lagi dengan gadis yg pernah menakluki hatinya dulu. Perasan tu datang macam petir yang memanah hati aku ni. Sakit. Tuhan saja yang tahu betapa aku sayangkan lelaki ini.
Lelaki yang buat aku jadi pencuri. Hari hari aku stalk dia. Aku nak tahu perkembangan dia. List kan saja laman sosial apa yang tengah trend sekarang ni, smua aku stalk. Aku macam orang gila kan? Aku pun rasa aku dah gila dengan lelaki ni. Hmmm,
Hari ini, aku merasa diri aku tiada lagi dalam hatinya. Kenapa? Firasat aku mengata kan dia sedang bersama gadis lain. Mungkin bahagia sekarang. Adakah aku gadis bodoh yang setia dengan cinta kononnya. Adakah firasat aku salah sama sekali? Aku taktahu. Dia masih baik dengan aku, cuma perubahan kecilnya buat aku terasa kehilangan orang yg aku sayang. Cinta ni perit. Susah aku nak jelaskan dengan kata kata kerana cinta ni memang cb! Eh jiwang betul hari ni !! :(
Lelaki yang aku maksudkan, A
love,
Fyfy

Tuesday, December 17

My vacation to langkawi island

Assalamualaikum! Hello fellas,,,
Macam dah lama tak update blog yg tak pemes ni ye dok? Ape nak buat, busy girl katenye.. hehe. Lepas balik vacay hari tu aku kene jadi pengapit untuk kakak aku ngan flowergirl abang ngah aku kahwin . Lepas tu aku pergi bercuti kat terengganu pulak. (Lepak rumah abanglong aku) pheww, last kali aku kene daftar masuk semester 4. Btw, syukur Alhamdulillah lulus semua subject dengan jayanya!
Okayok, aku nak cite pengalaman 2 hari 1 malam aku kat langkawi. Bapak best weyh aku cakap. Berbekalkan beberapa ratus korang boleh bawak balik berkampit cekelet tau! Aww sukenye kite ♥,♥

Day 1st
Lepas habis paper financial accounting 3 dengan bangganya malam tu jugak kiteorang fly fly. (Naik bas je pun) bas plus liner. Okey bukan nak condem bas tu. Aku cakap kat korang baik naik flight lah. Sebab bas tu sumpah sakit badan sebab kecik dan keras. Perghh perghhh! Tobat mak jemah xnaik bas tu dah. Tapi mase ni bajet ciput , ku gagahkan jua naik bas. :'(
Dalam 6jam perjalanan maka sampai lah kome kat perhentian bas k.perlis ye. Kami bengong , dah smpai tu xreti ikut orang2 yg turun tu jalan skali pergi jetty. (Mana tahu derang nak ke jetty) ciss pakcik taxi pun sapu kiteorang 6 hengget kau ! Padahal blakang phentian bas je jetty tu . Takpelah 1st time datang kan . Kene pow tu perkara biasa. Tapi uols kalau smpai boleh jalan kaki je, sbb dekat sgt. Serious talk!
Wahh pukul 6 lebih sampai jetty , beratur macam beli tiket wayang seyh.. panjang gile baq hang! Dengan foreigner dia, dgn awek awek abang abang sekalian. Cis nasib dapat tiket feri pukol 7 punya. Naik feri lebih kurang 1 jam okay. Sampai jetty langkawi pkol 8 suku jugak. Actually kami dah book kereta sewa. Ini paling murah yg kami jumpa, tapi servis dia xberapa nak baik lah. Satu jam lagi kami kena tunggu untuk jumpa kereta tu. Katenye kunci xde lah apa lah. Dafuqq!
Member aku dah badmood. aku? Aku chill saje. Nak holiday kene mood happy. Kalau rosak mood aku skali terus xde mood smpai balik nanti, so better aku happy2 je.
Lepas dapat kete dan map . Kami kene cari chalet sendiri. Dafuqq lagi brader ni.! Kami dah cakap nak mntk tlg dia carikan chalet tau x. Tengok2 dia bagi map, suruh kami cari sendiri. Ini sumpah macam cilaka. Yela kite cust kan . Deposit nak tapi services macam gampang pak die. Anyway, kami gagahkan diri lagi sekali. Backpackers kan, haruslah terima kesilapan2 yg xdiduga ni. So, aku tukang bagi direction dek kerana aku ni sangat prihatin katenyee.. haha. Member sorang bawak kete, sorang lagi kat belakang terbungkang. Dalam bas dalam ferry dalam kete , asal ade masa terbungkang keje dia. Itu function dia bawak dia ni. Kahkahkah!
Jalan punya jalan... melintasi hutan hutan belantara bukit bakau (macam expert saje kan) akhirnya jumpe lah chalet yang berderet. So kene lah check sesatu. Mana paling murah en en. Jumpa lah satu motel ni. (Motel haji apa tah) situ absolutely murah gila babs .! Tips korang cari chalet ni, korang bajet brapa nk tong2 kan. Then berapa org. Macam aku 3 org je. Katil queen size dah okey dah. Janji ade toilet , a/c , tv , plug nak charge hp, plus ada iron ,watercular pon ada k. Cawan mangkok smua ada. Perfector! Mase ko nk check in tu aku pergi berdua je, pastu dh check in baru aku panggil member aku sorang lagi masuk. Sebab bilik tu untuk 2 orang. Kalau lebih kena extra charge. Okay aktiviti hari pertama yg best tu ...
Kami dengan xmandi, siap2 pergi underwater world, pastu pergi naik kereta cable, pastu pergi shopping sikit. Bayangkan satu langkawi tu kami pusing dengan satu hari je. Tak berhenti pon. Tak penat pon nyah! Masa ni baru tahu masa tu emas. Haha! Malam dalam pkol 12 lebih baru sampai chalet. Tak buang masa , letak barang. Pergi laut lah ape lagi ! Malam2 kat pantai chenang best tau. Serious talk! Angin dia sejuk gila, macam kat overseas kau.. aku yg kurus ni boleh melayang tau. Bulan dan bintang dengan jelas nye di atas kepala. Woww. Romantic kan ? Lepas satu jam lepak, balik chalet terus tidur.
Day 2nd
Pagi pagi dah bangun. Sebab aircond sejuk macam peti ais. Terus mandi, air sejuk macam ais jugak. Ku gagahkan jua mandi. Sebab semalam sehari tak mandi kan. Haha. Hari ni balik dah. Macam cepatkan masa berlalu. Terus pergi tangkap gmbar kat helang besar tu. Pastu anta kete balik. Member aku dah kemek kan kereta tu sebenarnya. Geram katenye.. oh aku tak terlibat okey. Dan... balik yeayy!
★ apa yg aku bawak balik dr langkawi ni , 2 kampit cekelet yg berharga RM175 (kalau kat kl ni aku rase boleh capat RM250++ punya rege tau). Pastu baju bajuan I love langkawi bagai berharga 20 hengget kau. Murah gila dapat 4 helai. Sape tak rabun mata ye dok? Key chain pelbagai bentuk 10 hengget dapat 10 plus tanglung untuk mak aku ngan akak aku, rege dia 10 hengget jugak untuk 2 pcs. Hello total baru RM225 hengget shopping dah boleh dapat macam2 kan! Hello ini bukan membazir. Perempuan kalau xshopping xsah k.
★makan kat sana memang mahal mak jemah! Sepinggan nasi goreng minimum 10 hengget, pilihlah mana uols nak makan. Air milo ben 3 hengget. Kau hader ? Kami nak merasa je, makan jelah en en . Kek pulau mesti smua nak terai. Tapi dgn kebijakan yg ade, kami jalan2 tu kami pergi pekan kuah tapau fast food lah. He he. Tak beragak fast food tutup pkol 11 doh. Bukan 24hr. Sadlife langkawi ni senanye. Total makan boleh letak 40 hengget sorang.
★okay bas pergi plusliner RM47 something, balik sani express RM52. Bas sani comfortable sangat! Ada astro lg k. Daebak gitu.! Kereta sewa sehari RM60 viva auto. Deposit RM50. Kami pakai sehari je, so kami tak bayar lg RM10 sebab derang services tak baik. Derang pun tak cakap apa, macam tahu salah derang kan. So godie! Motel tu sehari RM45, check in dia xkesah pon.. check out pkol 2. Best taw service pakcik ni. Baik sangat! Dia dah nampak kiteorang 3orang tp dia diam je. Okay ferry plak RM 18 sehala, so pergi balik RM36. Total RM230 untuk transportation.
★underwater world fees klu tunjuk ic dpt 20 lebih rasenye. Aku tak ingat. Kereta kabel bape belas je . So korang kene pergi k.! Hehe
Next vacation, KRABI ISLAND. Tunggu okey . Ini bajet tak boleh ciput. Luar negara beb. Mihmihmih.
Love,

Friday, October 11

Semester 3 yang menyedihkan

Assalamualaikum ♥
Aku budak uitm yg blajar di franchise ipb.. dip accountancy itulah course aku. Semester 3 sudah. Ehhhh! Sebenarnye nak cite yg sedih sgt sem 3 ni woiii.!! Tahu x kenapa? Ni smua sebab diri sendiri yg pemalas nak mamps! Aku ade 6 paper . 2 accounting yg lain smua teory punya subject. Aku memang lemah menghafal ni. Jadi ape aku buat bila ade gap mase exam ni, aku surf Internet je.. 24 hrs ! Takpun tydo. Last minute br aku bace teory part tu. Ape boleh buat paper smua aku hantam . Ade yg blh jawab . Aku harap carrymark sgt membantu aku. Xnak lah repeat paper ke hape kan . Malu weyhh repeat ni .. pergghhh. Esok last paper. Accounting III . Tapi semalam calculator aku dh jahanam. Time ni die buat hal weyh. Tgh sesak kot skrg ni, apelah dugaan aku dpt ni. Mane nak cekau duit bli yg bru.. adoiii!
Nasib ade mber skolah aku dulu snggup nak bg pnjam . Ini baru name member okeh. Jangan time susah xde hilang ke mana. Tau! So moral of the story aku xsabar nak g holiday kat langkawi ni. Hahaha :*
Love, fyfy

Monday, August 5

Jika ini takdirNYA , aku terima dgn redha

Assalamualaikum bloger.. how guys doin?  Ah ah , good? *version sakit*
Firstly aku nk ckp yeayyy dah cuti . Satu minggu cuti raya!!!! And aku cacat mcm ni pon bukan sebab aku main mercun ke ape tp excident. Huhuk.. aku nk hntr kakak aku pergi keje,  tp enth mcm mana plak ade anjing lintas.. so aku lggr jelh.. anjing tu lintas pastu dia siap berhenti dpn aku yg bwk lju ni,
Kebabommmm! !!!! Ape lg lggr lh derr.. terseret 15km uols.. sakit xsakit lh sampai aku xblh angkt mto sndiri.. aku tggu org berhenti , tlg kiteorg je mse tu.. nsib baik ade org tlg ..aku dah risau tablet aku hncur so aku tarik beg aku ke tepi sbb mse tu bdk2 matpet byk nk tlg bgai.. last kali daddy aku dtg.. bwk g hospital.  Biasa lh hospital kjaan .. lmbt thp dewa . !! Tghri aku excident pkol 5pm br doc check aku..
Gila x gila lah kn.. bahu aku patah kot.. xray 5kali uols.. sape penah kene xray tgn pth thu lh mcm mne rase azabnye.. pergggh aku ingt muke akk nurse yg tonyeh2 tgn aku tu... dia tkthu ke tgn gua patah? !! Pttfffp $#@& mula lh aku ngomel2 kn..aku tk nangis sbb aku kuat.. kakak aku je nangis2. Satu hospital dgr dia jerit2.. haha.. gua relex je.. ok semua settle dlm pkol 9.. aku x operation sbb kos mhl sgt2.
Bila aku balik tgk helmet is aku x pecah pon,, pdhl td mse excident tu aku nmpk helmet aku pecah terok.. ni smpai umh helmet aku elok2 je.. tu aku pelik smpai skrg.. xpe itu aku diamkn aje lh. Sbb xnk org risau kn.. aku g urut batiin.. wak tu kte patah pon cume lari tulang je.. yg kakak aku pon xpth cume retak je. So dia urut2 jmpi smua,, dlm 2 3 hri ok lh tu.. aku dh blh gerak sikit2 dah ni, Alhamdulillah syukur sangat2.. wak tu kata kite kene redha dgn setiap ujian dr Allah.. eh mcm thu je aku menyesal sbb bwk lju2.. skrg aku redha .. sabar tu penting♥
Ni gambar aku punye tgn .. kaki pon ade , mls nk tunjuk.. rempit katenye~ skrg aku tgh runsing mcm mne nk pakai baju kurung nii. Grrr

Wednesday, July 31

Iftar ₩ le classmates #DIA3B was the awesome moments♥

Assalamualaikum kawan kawan . How guys doin? Ha ha good ? ^*^
Kelmarin aku iftar dgn classmates aku. Pergh awesome gila doe.. smua dh matured sikit. Bagus2.
Pergi dekat HR' STEAK HOUSE,  kg baru. Kt situ mmg sdp gila. Mabeleessss gitu.. murah pon murah. Banyak pon banyak.. mmg xrugi lh kan ... sure puas hati .. kali ni iftar satu class join . Xde sorg pon yg mogok xnak join ke hape ke. So sweet kan .. dr cheras naik lrt smpai kg baru. Same2 sampai, same2 balik. Best best. Lg plak class kiteorg ni semua jenis yg gila2. Mmg riuh lah kat steak house tu kan.. ni ade gmbr2 .. syg korang lebih laa. Muah!!!

Thursday, July 25

Projek juta juta aku

Assalamualaikum, demo pose dop? molek! pose tu bio penuh , hehe.. weyh aku nak bagitahu ni aku bukan org kelantan/ cina/ endon sekali pon tidak ye.. aku anak jati selangor. aku ulang, anak jati selangor! okey whatever~ sekarang ni aku xsabar gila babun nak holiday ..

Mula2 aku plan nak holiday kat perhentian . save duit aku , nanti boleh stay umah along kat setiu . dekat je ngan besut tu . then aku tanye la roomate aku , nak join dop holiday tu .. dia on je . dia xnak kat perhentian . then kite org decide nk g sabah . bapak lah . can u imagine that ? student yg poket koyak gini nok g sabah . kemain lagi nak g mabul island lah sipadan bagai .. then rase xadventure lah g dalam negara . so decide nak g thailand / indonesia . pergh kalau g indon , kite jd kaye kan .. duit juta juta . wkwkwk~

Kalau thai plak , takut kene bom plak . then kite org pikir masak2 g perhentian jela . skrg ni xboleh pergi sbb xasyuk . kan nak raya . pastu byk guna duit polak sem ni . so decide nak g next year . *cerite mcm projek juta juta kan kiteorang ni* 
ala ape salah nya nak berangan dulu.. at least ade matlamat kot !nak simpan duit lagi .. haha kiteorg dah survey banyak tempat dah . latest ni aku jumpa pakej rm150 tp kat pulau besar . and kene booking skrg next year br pergi..pergh itu ambil risiko kot . tp aku cadang nak g backpack je ,.. xpayah guna pakej . korang rase mcm mana ek?

weyh sape xnak g holiday , lagi2 berdikari sendiri kan . adventure kot ! ni aku ade curi gambar dari mawar, fatin . teruja kot .. hehe xsabar .. sape2 nak join contact aku lah okay ..





Wednesday, July 24

Sharing is caring kan ♥

Assalamualaikum bloggers , how guys doin ? Good ? *versi fifyazmi* hehe buat muke comel plak . Wkwkwk :p

Aku cume nak kongsikan tips penting untuk korang. *mungkin xde org yg sudi bace* tp aku nak kongsi jugak . ^~^ hehe , here we go !!

1. Tips lupakan ex couple
Ini utk perempuan ok. First korang just delete picture and kenangan2 ngn si dia tu. Kalau boleh number dia pon delete sekali. Kalau ade fesbuk ke twitter ke hape just block je . Walaupun sayang , tp haruslah buat sbb nak lupakan dia kan . Ni slh stu cara ok. Kalau aku dulu, mmg aku buat mcm ni .walaupun dlm otak semua bende pasal dia aku ingat  cuma fizikal aku hapuskan dulu. Okey second ! Sila lah busykan diri . Member aku sorg ni putus cinta, tp xreti busykan diri so dia asyik menyepikan diri . Hello ! Girl korang nk lupakan org yg tinggalkan korang kot , kalau korg lonely2 gitu dok jd gapo ler. Aku bg contoh, busykan diri tolong mak ke, shopping ke, karoke ke g usrah ke .. cari mende yg berfaedah sikit bru lah busy namenye. Aku dulu busykan diri dgn melukis komik . Kisah komik tu smua pasal si dia , dan aku xsimpan . Aku bg dia dan aku ckp simpan lah kenangan ni , aku dh xsanggup nk simpan sorg2 . *sedih you ols* dan mase ni lh aku kurangkn Aktiviti kesosialan aku tu. Lastly, korg akn rase ketenangan . In sya Allah , dekatkn diri dgnNya.


2. Tips study
Study study study . Boring .. study mmg boring kan wey? Aku tahu , aku paham sgt tu.tapi nok wt guane lg study tu kan stu amanah kpd diri kita sendiri. Bg korg yg mls study mcm aku ni, sila lah fokus time dlm class . Mungkin! Mungkin tak 100%, tp at least 50% fokus lah ok. Biasanya aku dlm class awal2 aku fokus dan last2 je aku fokus . Tengah2 tu aku melayang di awan . Hehe. And buatlah note  awal2 bukan last minute. Dah nak final br nk buat note. Mmg babai lah kan . Sbb nk dekat2 final tu , banyakkan buat exercise subject yg lemah tu. Tp jgn over confident . Sbb tkut salah . Mase spm dulu aku over confident, aku xstudy lgsg math , aku cume tolong jd cikgu tambahan ajar member2 aku yg lemah math kan . Dlm otak pikir , aku ajar aku dpt ilmu lebih lg . Tapi aku xde usaha pon nk study . Xboleh mcm tu okay . End upnye aku xdpt A+ pon . Wkwkwk


3. Tips untuk berhijrah
Hijrah? Pernah fikir x ? Aku thu sejahat2 org pon mesti di hati kecil korang nak berubah . Betul kan? Aku dulu pon bukan baik sangat. Cume terdetik satu perasaan takut tu. Alhamdulillah syukur dengan sokongan yg aku dpt dr org sekeliling. Aku xde tips utk ni tp aku sudi kongsi kisah aku yg xseberapa ni, aku hrp ia dpt membantu korang.
Hidup aku sosial, penuh kejahilan dan xcerahlah gamaknya. Tapi bila suatu hari tu ,terdetik di hati ni nak dgr ceramah kt youtube, google dan sbgainya tu. Perasaan takut mula ada. Bukan takut apa, tKut pada azab di akhirat nanti, takut pd Allah dan sebetulnya malu pd Allah sgt2. Lepas tu aku sll dgr nsihat dr cousin aku. Mujurlah dia ni mmg stock2 budak skolah agama. Tp nsihat dia yg asas2 jela, memandangkan org yg xcerah hati mcm aku mana boleh di push kan. Hari demi hari seluar yg sejengkal makin di tutup hingga ke buku lali. Baju yg xde lengan sampai ada lengan, dan aku decide on my birthday aku nk berhijab! Ini bukan paksaan, hasutan atau ape2 pon . Aku rela hati. Dan org sekeliling cuma tersenyum indah shj. Tiada sape berani menegur aku bahkan menganjing pun tidak. Mereka tahu aku org baru yg berhijrah kalau di tegur , bakal hilang semua perubahan ni. Aku xberhenti di sini. Aku dpt further study dekat branch uitm kat institut professional baitulamal. Di sini bermula aku belajar ttg islam. Aku sedar pakaian aku masih sendat , perlahan aku ubah. Skype juga eratkan hbgn aku dgn cousin di jordan. Weekends je kami skype, dan pasti ada ilmu yg aku dpt . Aku syukur dn bertuah sgt sbb dpt cousin yg sygkan aku. The reason aku beriye sgt nk tutup aurat ni sbb aku sygkan keluarga aku. Dosaku masih daddy yg tanggung. Sampai sekarang aku masih baiki diri. Doakan aku,..


4. Tips untuk kecantikan
Pernah dgr aurawhite? Tgh in skrg kot .. ok girl, minum 2 kali sehari secara consistent ok. Bykkan minum air . At least 3 litre plain water. Kurangkan minuman/mkanan yg berkafein. Teh, air berkabonat pon xboleh tau uols, minum jus xpe. And pakai lah bedak tanaka. Tu pon tgh in . Dia lembutkan kulit . Mulus je .aurawhite ni lelaki pon boleh pakai. Fungsi nye banyak sgt, xbahaya pon sbb dia cuma supplement shj.
Aku consume dua2 bende ni . Aurawhite almost 2 bulan consume . Alhamdulillah badan makin putih dan gebu cuma muka lambat sikit nak putih . Memandangkan hari2 aku berjemur , susah nak nampak putih tu. Aim aku pakai aurawhite ni sbbnye nak hilangkan bekas jerawat dan jerawat  kt muka ni. Skrg jerawat xtumbuh parut dah bersih sikit . Cuma yg lobang2 tu lambat nak hilang. Sbb tu aku pakai tanaka sekali. Sbb mulus je. Housemate aku pon consume bende ni . Tp dah lama lah , so muke dia putih gebu sudah . Ni aku sediakan gambar aku sebelum (sem 1) bju hitam dan selepas 2bulan consume mase sem 3 baju hijau.. FYI, PIC BAJU HITAM NI AKU ADE JERAWAT KECIL KECIL KAT PIPI, YG BAJU HIJAU NI JERAWAT XDE TINGGAL BEKAS2 JE. :)