Saturday, January 4

Baby monkey

assalamualaikum. hai kekawan semua ! sihat dop? bagus bagus sihat belako hendaknya. :)
hari ni nak teaser sikit cerita cinta aku yg tak berapa nak jadi tu ...
hmmm, cinta ni menyakitkan jugak ya? Ini kali kedua aku rasa sakitnya bila di kecewakan .kenapa? Tu lah yg aku nak teaser sangat ni.. :'<
Lelaki ni kawan kepada kawan aku. Dia lelaki pertama yang buat aku rasa kuatnya ikatan ni. Walaupun dia tak sempurna macam lelaki lain, yang bekerjaya yang handsome yang suci, aku ikhlas dengan cinta ni. Bagi aku, takde manusia yg sempurna dalam dunia ni melainkan nabi kita, muhammad s.a.w .
Lelaki ini gemok, berjambang, bermisai, matanya sepet, dan dia sangat sosial. Meskipun macam tu, hati nya terlalu baik. Aku sudah jatuh hati , sungguh! Aku jatuh cinta dengan lelaki yg baik hati ni. Aku tak dapat gambarkan betapa sweetnya dia. Lelaki ni sering maki hamun aku, tapi aku tak pernah sekali pon ambil hati, sebab aku tahu dalam lubuk hati nya yang paling dalam , dia sayangkan aku. Dia cintakan aku. Cuma ego memisahkan dua hati ini. Aku tak tahu bagaimana nak buang ego aku, nak jinakkan ego dia. Aku buntu.
Lelaki yang aku gelarkan monkey ni, terlalu comel buat ku. Dia dengar cakap aku. Aku cakap jangan buat, dia ikut. Even sekarang dah tak ada hubungan dengan dia. Dia still dengar ckp aku. Aku still mesej dia, tapi dia terlalu ego untuk mengaku hatinya untuk aku. Kalau kau tahu, betapa aku tunggu kau mengulangi cinta kita. Hmmm
Kadangkala, aku cemburu. Aku cemburu melihat dia di kelilingi dengan gadis gadis. Lagi lagi dengan gadis yg pernah menakluki hatinya dulu. Perasan tu datang macam petir yang memanah hati aku ni. Sakit. Tuhan saja yang tahu betapa aku sayangkan lelaki ini.
Lelaki yang buat aku jadi pencuri. Hari hari aku stalk dia. Aku nak tahu perkembangan dia. List kan saja laman sosial apa yang tengah trend sekarang ni, smua aku stalk. Aku macam orang gila kan? Aku pun rasa aku dah gila dengan lelaki ni. Hmmm,
Hari ini, aku merasa diri aku tiada lagi dalam hatinya. Kenapa? Firasat aku mengata kan dia sedang bersama gadis lain. Mungkin bahagia sekarang. Adakah aku gadis bodoh yang setia dengan cinta kononnya. Adakah firasat aku salah sama sekali? Aku taktahu. Dia masih baik dengan aku, cuma perubahan kecilnya buat aku terasa kehilangan orang yg aku sayang. Cinta ni perit. Susah aku nak jelaskan dengan kata kata kerana cinta ni memang cb! Eh jiwang betul hari ni !! :(
Lelaki yang aku maksudkan, A
love,
Fyfy